Januari

GERHANA MATAHARI SEPARA
Penduduk di Negara ini khususnya di Pulau Pinang berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa yang dijangka berlaku pada 26 Januari 2009. Gerhana ini dijangka bermula pada jam 4.30 petang waktu Malaysia dan mencapai kemuncaknya pada jam 5.30 petang. Aktiviti cerapan turut akan dibuat di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang bermula seawal jam 3.00 petang dan akan dihadiri oleh peminat-peminat astronomi. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.
BERITA PENTING!!!

Jabatan Mufti Pulau Pinang dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan oleh Tentera Israel ke atas bumi Palestin. Justeru itu, Jabatan Mufti mencadangkan kepada semua masjid dan surau di Pulau Pinang membaca doa Qunut Nazilah setiap kali solat fardhu.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Terdapat 3 cara yang boleh dilakukan iaitu:
i) Membaca Qunut sepertimana Qunut solat Subuh sahaja.
ii) Membaca Qunut Nazilah sahaja
iii) Membaca qunut sebagaimana Qunut solat Subuh kemudian disusuli dengan Qunut Nazilah

PERINGATAN Imam yang tidak boleh menghafal doa qunut nazilah, mereka boleh membaca qunut solat subuh dan hendaklah membaca doa qunut nazilah setelah selesai solat fardhu.

Imam perlu memaklumkan kepada para jemaah bahawa qunut nazilah akan dibaca pada solat yang berkenaan dan memaklumkan juga cara-cara membaca qunut nazilah.

BACAAN QUNUT NAZILAH : - klik disini -

  Februari
  Mac
  April
  Mei
  Jun
  Julai
  Ogos
  September
  Oktober
  November
  Disember
   
  |home|