•  Borang atas talian 1 Borang atas talian 3
    Borang atas talian 2
  • takwim1440 updated
  • PgGOV eMUFTI
  • emusykil bm
  • eFatwa 2017
  • MyID

Informasi

  • profil
  • matahari
  • bumi
  • bulan
  • youtube
  • facebook
  • twitter
  • pinboards

GEORGETOWN - Semua umat Islam terutama mereka yang terlibat dengan bidang kehakiman dan undang-undang Syariat dinasihatkan supaya terus memperjuangkan kedudukan Mahkamah Syariah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia supaya sebarang keputusan oleh Mahkamah Syariah tidak boleh dicabar ataupun dibatalkan oleh Mahkamah Sivil berdasarkan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia.

“Saya menasihatkan semua pihak supaya menghormati keputusan Mahkamah Syariah yang menghendaki persetujuan kedua-dua ibu bapa terlebih dahulu sebelum Sijil Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

“Dari sudut berkaitan harus ditegaskan bahawa keadilan yang terkandung di dalam ajaran Islam adalah bersifat sejagat merentasi perbezaan kepercayaan agama, etnik dan budaya,” katanya.

Menurutnya, keadilan Islam adalah untuk semua manusia sama ada Muslim mahupun bukan Muslim.

 

“Begitu juga mesti difahami bahawa menurut Islam seseorang adalah bebas untuk memilih agama yang ingin dianutinya apabila ia sampai umur akil baligh dengan syarat diberi peluang secukupnya untuk mendengar ajaran kedua-dua agama tanpa dihalang oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

“Sebagai orang Islam, kita yakin bahawa Islam akan jadi pilihan kebanyakan manusia sekiranya mereka diberi kebebasan memilih agama yang dikehendaki,” katanya.

Jelasnya, perkara itu kerana segala ajaran Islam adalah selari dengan tuntutan fitrah kejadian asal manusia itu sendiri di samping ia rasional dan mudah dihayati.

“Selanjutnya pihak kerajaan wajib berperanan supaya suara Islam atau dakwahnya sampai kepada setiap warganegara seperti mana yang dinyatakan dalam al-Quran.

“Demi keadilan, pihak bukan Muslim juga perlu dibenarkan memahamkan kanak-kanak terbabit mengenai ajaran-ajaran agama mereka tanpa halangan,” katanya.


 Sumber: www.sinarharian.com.my