Arkib Maklumbalas

           

   Bil      Pertanyaan      Emel      Tarikh Pertanyaan      Maklumbalas  
1.

Assalamualaikum,

Saya   Siti Aqilah, ingin bertanya tentang apakah hukum ke pawagam untuk menonton wayang   dengan niat sekadar aktiviti riadah bersama keluarga?

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 3 Mei 2016 Hukum   asal bagi sesuatu perkara adalah harus, melainkan terdapat dalil-dalil yang   jelas samada haram ataupun
  halal. Oleh yang demikian, hukum menonton wayang adalah   harus. Ini mengambil pandangan dari Dr. Yusuf al-
  Qardhawi yang menyatakan : ‚ÄúTidak syak lagi bahawa   panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat
  pengarahan dan hiburan, maka hal-ehwal setiap alat ini   dilihat sama ada ianya digunakan untuk kebaikan atau
  keburukan. Maka ia diterima dan tidak adalah dilihat ke   atasnya. Maka hukum aktivitinya adalah menurut apa
  ia ambil dan lakukannya. Dengan itu kami berpendapat   bahawa panggung wayang adalah halal dan baik, akan
  tetapi ia memerlukan dan menuntut agar mematuhi syarat   yang berikut :-
 
  1) Mengasingkan antara penonton lelaki dan perempuan.
  2) Tajuk dan jalan cerita tak bertentangan dgn akidah,   syariah mahupun akhlak Islamiah.
  3) Tidak melalaikan daripada kewajipan seperti solat
 
  Namun begitu, meskipun dibolehkan menonton wayang dengan   syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih
  baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat   wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak
  akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para   penonton di dalam panggung wayang itu.
2

Saya Farah ingin bertanya bolehkah kita   menggunakan wang biasiswa yang diterima untuk membiayai pengajian digunakan   juga sebagai wang untuk perbelanjaan persiapan kahwin sekiranya individu yang   ingin beekahwin masih berstatus pelajar?

Segala kerjasama dan perhatian daripada   pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 10 Mei 2016  
3.

Assalamualaikum.Saya Mohamad Amir Hamzah, saya ada mengambil   subjek Undang-undang dan Fatwa di Malaysia. Saya telah diberi tugasan untuk   mengkaji berkenaan Pentadbiran Fatwa di Pulau Pinang, jadi saya ingin   mengetahui:

-berapakah jumlah fatwa yang telah diwartakan dan tidak   diwartakan sejak tahun 1960. 

-Selain itu, saya juga mahu mengetahui tentang jawatan dalam   jawatankuasa-jawatankuasa didalam jabatan mufti adakah semua telah diisi atau   belum.

-Saya juga mahu mengetahui tugas jawatankuasa rukyah secara umum.

-Adakah jawatan di dalam carta organisasi Jabatan Mufti Negeri   Pulau Pinang telah diisi.

Segala perhatian dari pihak tuan saya dahului dengan terima   kasih.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 9 Mei 2016  
4.

Apakah   yang perlu dibuat ke atas tali pusat bayi yang baru dilahirkan? Adakah perlu   dibuang atau ditanam?

Segala   kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima   kasih

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 11 Mei 2016  
5.

Saya Nor Suliana ingin bertanyakan dua soalan:

Soalan 1:

Saudara saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan   (peniaga buah-buahan). Apabila cukup syarat, maka wajib baginya mengeluarkan   zakat perniagaan. Persoalannya, adakah memberi masalah kepada beliau untuk   melaksanakan zakat perniagaan jika beliau tidak mencatat keluar masuk duit   hasil perniagaannya?

soalan 2:

Apaka hukum seorang lelaki dan seorang perempuan   yang bukan mahram bekerja bersama di   dalam sebuah bilik tertutup tanpa kehadiran orang lain? Contohnya, mereka   terlibat dengan kajian kultur tisu di dalam sebuah makmal yang memerlukan   persekitaran sterile dan tertutup.

Terima kasih.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 13 Mei 2016  
6. Mohon Pertanyaan, adakah sesuatu   tempat yang telah diwakafkan dan dijadikan masjid (Tempat Solat). Bolehkah   status wakaf masijd tersebut ditukar menjadi kegunaan lain. Seperti dewan   orang ramai, sekolah, sekolah pondok, atau satu tempat kegunaan awam selain   dari masjid/surau. Sekiranya tidak boleh apakah cadangan yang boleh dilakukan   bagi mengelakkan masjid wakaf yang tidak digunakan terbiar begitu sahaja   kerana telah ada masjid baru bersebelahan dengan masjid lama. Perkara ini   jika tiada keputusan akan merugikan pewakaf masjid lama kerana tiada manfaat   yang diperolehi kerana masjid wakaf telah terbiar begitu sahaja. Mohon   pandangan Jabatan Mufti Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 25 Mei 2016  
7.

Perkara: garis   panduan baca doa dan zikir

Maklumbalas:   Salam tuan. mohon dihantar kepada saya panduan doa dan zikir secara perlahan   atau kuat.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 30 Mei 2016

Assalamualaikum,

Encik   Imran,

Bersama-sama   emel ini dilampirkan salinan buku bertajuk "Irsyad Hukum Masjid dan   Jamaah" sebagai panduan bagi persoalan yang dikemukakan.

Tuan juga   boleh klik pada pautan berikut untuk memuat turun pelbagai bahan bacaan yang   diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Bahan Terbitan Jabatan Mufti Negeri Pulau   Pinang