Liqa' Mahabbah Antara Jabatan-Jabatan Mufti Wilayah Utara Tahun 2015

Kelantan : 30 Mei hingga 1 Jun 2015 yang lalu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa dalam program " Liqa' Mahabbah Antara Jabatan-Jabatan Mufti Wilayah Utara 2015/1436H " bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Antara acara yang dipertandingkan adalah karom, congkak, badminton, ping pong, futsal dan bowling.

Kontinjen-kontinjen yang turut serta dalam program tersebut adalah terdiri dari Jabatan Mufti Negeri Kedah, Jabatan Mufti Negeri Perak, Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan Jabatan Mufti Negeri Terengganu. Program kali ini dilaksanakan di negeri Kelantan di mana, Jabatan Mufti Negeri Kelantan merupakan penganjur bagi program pada tahun 2015, selepas Jabatan Mufti Negeri Kedah pada 2 tahun yang lalu.

 IMG-20150604-WA0004 (2)