Program Sehari Siri 2/2015

Bukit Mertajam : Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Masjid Bukit Indera Muda, SPT telah berjaya menganjurkan "Program Sehari Bersama Jabatan Mufti " bertempat di Masjid Bukit Indera Muda, pada 3 Julai 2015 yang lalu. Program tersebut disertai oleh beberapa wakil agensi kerajaan antaranya dari YaPIEM, Yayasan Restu,Jawatankuasa Kariah Masjid dan lain-lain agensi yang terlibat.

Program bermula seawal jam 10.00 pagi dengan pameran dari pelbagai agensi. Solat Jumaat dan khutbah disampaikan oleh S.S Dato' Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd Noor iaitu Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sesudah solat asar berjemaah, program diteruskan dengan taklimat falak dan sedikit tazkirah dari S.F Tuan Haji Mamat Bin Said iaitu Timbalan Mufti Negeri Pulau PInang.

Program lebih meriah dengan jamuan berbuka puasa solat tarawih berjemaah. Program berakhir dengan cerapan bintang dari kakitangan falak.