Kelas Tafaqquh Siri 7 - Oleh Sahibus Samahah Mufti

7 Ogos 2015 - Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan "Kelas Tafaqquh Siri 7 Oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang" di Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang. Kelas ini telah dianjurkan secara bersiri sebanyak sebulan sekali bagi pendedahan mengenai ilmu tasawuf kepada orang ramai. 21 orang peserta telah menghadiri kelas yang diadakan dari jam 8.30 pagi -11.00 pagi ini. Peserta juga dibekalkan dengan bahan rujukan mengenai persoalan berkaitan tasawuf yang jelas, mudah dan lengkap.