MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG 1439H

RABU 4 Julai 2018, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi meraikan kedatangan bulan Syawal, 1439 Hijrah. Majlis ini juga bertujuan bagi mengeratkan lagi  hubungan antara kakitangan Jabatan Mufti dengan kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri yang  lain.
 
Majlis ini telah berlangsung di Tingkat 48 , Komtar, Georgetown, Pulau Pinang.Terdapat pelbagai  hidangan juadah yang telah disediakan antaranya mee tulang, nasi himpit, laksa, nasi beriyani dan pelbagai kuih-muih. Apa yang menariknya adalah S.S. Mufti sendiri iaitu Dato' Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor dan Timbalan Mufti, Tuan Hj. Aminudin bin Mohamad telah melapangkan masa untuk menjadi tuan rumah bagi menyambut para tetamu.
 
Diantara tetamu kenamaan yang hadir bagi  memeriahkan Majlis tersebut adalah Y.B Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Walaupun sibuk  dengan pelbagai urusan kerja, beliau tetap meluangkan masa untuk menghadiri majlis rumah terbuka ini. Hadir bersama beliau adalah Setiausaha kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yb. Dato' Seri Farizan Bin Darus. Bukan itu sahaja,  beberapa ahli EXCO juga turut  meluangkan masa untuk sama-sama  memeriahkan majlis tersebut.

Semoga Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang kali  ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dikalangan seluruh warga Kerajaan Negeri Pulau Pinang.​

DSC 1304 DSC 1429 DSC 1417
DSC 1721 DSC 1779 DSC 1790