Mimbar Mufti Siri 8/2018

Jumaat, 10 Ogos 2018 bertempat di Masjid Jamek Perai, Seberang Perai Tengah telah diadakan Program Mimbar Mufti Siri 8/2018. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Jabatan Mufti Pulau Pinang yang bertujuan memberi penerangan dan penjelasan mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang kepada masyarakat. 

Pada program kali ini, Timbalan Mufti, Tuan Haji Aminudin bin Mohamad, telah memberikan penjelasan berkenaan dengan "Hukum Menyambut Perayaan Orang Bukan Islam Dalam Masjid" dan "Hukum Menggerakkan Tabung Kutipan Derma/Sumbangan Ketika Khutbah Jumaat". Selain itu beliau  yang mewakili Mufti Kerajaan Negeri, SS Dato' Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor, turut menyampaikan khutbah bertajuk "Selamat Datang Zulhijjah".

Selain penerangan tersebut, turut diedarkan pada program tersebut bahan-bahan penerbitan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Program Mimbar Mufti ini diakhiri dengan Sesi Ramah Mesra kakitangan Jabatan Mufti Pulau Pinang bersama dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid.