Bengkel Falak (Tongkat Istiwa)

Bayan Lepas, Rabu - Bengkel Falak (Tongkat Istiwa) telah diadakan pada 5 September 2018 bersamaan 24 Zulhijjah 1439H bertempat di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bengkel ini merupakan program jemputan oleh Kelab Falak Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 3 petang ini telah disertai oleh ahli-ahli dan guru pembimbing kelab tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa bengkel tersebut adalah:

1. Taklimat Tongkat Istiwa' oleh Ustaz Mohamad Aliff bin Hashim

2. Slot Penyediaan Tongkat Istiwa' oleh Ustaz Mohd Ferdaus bin Hashim

3. Slot Paktikal Tongkat Istiwa' oleh Ustaz Ahmad Yusof Farid bin Abdullah

Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Kelab Falak.


 Sila klik disini untuk ke Galeri bagi paparan gambar program.