Program Tafaqquh Falak Perdana Siri 3/2018

Kepala Batas, (Rabu) - Program Tafaqquh Falak Perdana Siri 3/2018 telah berlangsung pada 14 November 2018M bersamaan 6 Rabiulawwal 1440H. Program anjuran bersama oleh Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang ini telah disertai sejumlah 150 Guru - Guru Pendidikan Islam di bawah seliaan SPI, JPNPP.

Program ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg. Tuan Haji Hanafiah bin Abdul Razak, Ahli Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Antara pengisian program adalah perbincangan nilai - nilai ulangan kejadian Gerhana Bulan & Matahari berdasarkan sudut pandangan ulamak falak silam. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Tuan Haji Suhaimi bin Othman.

S.F. Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj. Aminudin bin Mohamad turut hadir pada pagi tersebut bagi menyempurnakan ucapan perasmian penutup. Para perserta turut diraikan dengan sesi penyampaian Sijil Penyertaan oleh S.F Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang.