Bengkel Penerbitan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Georgetown : Bengkel ini dijalankan selama sehari pada 13 Februari 2020 bersamaan 19 Jamadilakhir 1440H, bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Mufti Kerajaan Pulau Pinang. Bengkel ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Seramai 15 orang peserta telah menyertai bengkel penerbitan tersebut.

Melalui bengkel yang diadakan ini, ia telah memberikan pendedahan kepada peserta bagaimana langkah-langkah untuk menerbitkan sebuah buku ataupun jurnal. Disamping itu, peserta juga di berikan penjelasan berkenaan kaedah dan teknik penyuntingan dalam penyediaan sesebuah karya untuk menarik minat pembaca bagi membeli buku yang diterbitkan oleh jabatan. Selain itu melalui bengkel ini juga para peserta telah diberikan motivasi untuk turut menghasilkan penulisan yang boleh dipasarkan.

S.F Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang turut hadir menyertai bengkel yang diadakan tersebut. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Zakarian bin Sungib dan Tuan Haji Wan Azmin bin Wan Dollah dari Galeri Ilmu Sdn Bhd atas kesudian menjadi pemudahcara sepanjang bengkel ini berlangsung.

 

Bengkel Penerbitan 1