Bengkel ICT Siri 1/2021

Pulau Pinang - Bahagian Rujukan Maklumat telah menganjurkan Bengkel ICT Siri 1/2021 yang diadakan secara atas talian (video conference) menggunakan aplikasi Conferences MyGovUC 2.0. Bengkel ini telah telah diadakan secara dua (2) sesi pada 16 Februari 2021 dan 17 Februari 2021. Bengkel ICT ini merupakan antara program tahunan Bahagian Rujukan Maklumat.

Bengkel ini telah dipimpin oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan iaitu Cik Siti Asmah binti Abdul Manap.  Semua kakitangan JMNPP dari setiap bahagian telah melibatkan diri dalam bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menambah kemahiran kakitangan JMNPP dan sebagai latihan kepada setiap peserta mengenai penggunaan asas e-mel rasmi MyGovUC 2.0. Selain itu, peserta bengkel juga diberi panduan dan tips bagi ujian DKICT (Dasar Keselamatan ICT).