Program Pendidikan Falak

Bukit Mertajam, 16 Mac 2021 – Bahagian Falak dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) berpeluang mengadakan program pendidikan falak yang bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Program ini merupakan anjuran Klinik Care & Cure, Bukit Mertajam.

Sempena Israk dan Mikraj yang mulia, seramai 150 orang peserta dengan mematuhi prosedur SOP yang ditetapkan dapat mengikuti taklimat falak yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ferdaus bin Hashim; Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (JMNPP) dengan tajuk “Israk Mikraj dan Pengenalan Ilmu Falak”.

Tujuan program ini adalah bersempena bulan Rejab 1442H bagi menghayati kebesaran Allah dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi ketika diperjalankan (Israk dan Mikraj) pada malam tersebut.