Bengkel Asas Ilmu Falak

Kodiang - 18 November 2014 yang lalu, Bahagian Falak & Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah berkunjung ke Maktab Perguruan Islam Negeri Kedah bagi tujuan memperkenalkan ilmu falak dan astronomi kepada para pelajar. Tinjauan mendapati kebanyakan para pelajar tidak terdedah secara lansung atau tidak lansung dengan ilmu falak ini. Seramai 150 orang peserta telah menyertai program tersebut.

Program bermula dengan pembahagian kumpulan iaitu para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi mengikuti bengkel yang berbeza-beza secara bergilir-gilir. Antara pengisian aktiviti adalah bengkel arah kiblat, bengkel peta bintang, bengkel teleskop dan bengkel roket air. Acara berakhir dengan ucapan penutup oleh Mufti Kerajaan Negeri Kedah (Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Muhammad Baderuddin Bin Haji Ahmad) dan sesi pertukaran cenderahati di antara Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.