Cuti Umum 2018

PEMBERITAHUAN WARTA KERAJAAN PULAU PINANG

HARI KELEPASAN AM TAHUN 2018 BAGI NEGERI PULAU PINANG

Adalah dengan ini dimaklumkan untuk pengetahuan umum bahawa hari-hari yang berikut adalah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018.

CATATAN:-

( * ) Tertakluk kepada perubahan

PERINGATAN

Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari Kelepasan Mingguan, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.

Sekiranya hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu misalnya Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong/ Tuan Yang Terutama maka hari Kelepasan Am tersebut TIDAK DIGANTI dengan hari berikutnya bekerja iaitu hari Isnin.

1. HARI KELEPASAN AM (PERSEKUTUAN)

Tahun Baru Cina (2 hari)

-

16 Februari (Jumaat) dan 17 Februari (Sabtu)

Hari pekerja -

1 Mei (Selasa)

Hari Wesak

-

29 Mei (Selasa)

Hari Raya Puasa (2 hari) ( * )

-

15 Jun (Jumaat) /16 Jun (Sabtu)

Hari Raya Qurban (*)

-

22 Ogos (Rabu)

Hari Kebangsaan

-

31 Ogos (Jumaat)

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

-

9 September  (Ahad)

 Awal Muharram (Maal Hijrah)

-

11 September  (Selasa)

 Hari Malaysia  -

16 September  (Ahad)

Hari Deepavali (*)

-

6 November  (Selasa)

Hari Keputeraan Nabi Muhamad (S.A.W) (Maulidur Rasul)

 -

20 November (Selasa)

Hari Krismas -

25 Disember (Selasa)

2. HARI KELEPASAN AM (NEGERI)

Tahun Baru 2018

-

1 Januari (Isnin)

Hari Thaipusam

-

31 Januari (Rabu)

Hari Nuzul Al-Quran

-

2 Jun (Sabtu)

Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia

- 7 Julai (Sabtu)

Hari Kelahiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

-

14 Julai (Sabtu)