Penggunaan Ayat-Ayat Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Dalam Telefon Bimbit

Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Dalam Telefon Bimbit Sosial/Syariah
 
Tarikh Keputusan:  13 Jan, 2009
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil 1 / 2009 yang telah bersidang pada Januari 2009 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Dalam Telefon Bimbit. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
Hukum penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan laungan azan dalam nada dering dan paparan skrin di dalam telefon bimbit adalah harus. Walau bagaimanapun, pengguna telefon bimbit hendaklah sentiasa menjaga kesucian Al-Quran seperti tidak membiarkan deringan Al-Quran atau laungan azan ketika berada di dalam tandas.