×

Amaran

JFtp::login: Unable to login
JFTP: :mkdir: Tindak balas buruk
JFTP: :chmod: Tindak balas buruk

Penentuan Status Sah Nasab

 

Anak tak sah taraf ialah anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah (saat) daripada tarikh tamkin  mengikut takwim Qamariah/Hijriyyah dan tidak mengkhususkan bilangan hari bagi tempoh enam bulan tersebut.

Dalam takwim Hijri, jumlah bilangan hari pada setiap bulan adalah tidak tetap iaitu 29 atau 30 hari. Mengikut amalan di peringkat negeri-negeri, terdapat negeri yang menerima pakai kaedah hitungan tempoh enam bulan dua lahzah itu sebagai 180  hari dan ada negeri yang memakai kaedah hitungan takwim hijri semasa dan ianya tidak genap 180 hari kerana terdapat beberapa bulan yang kadar hitungan harinya berjumlah 29 hari dan amalan ini juga digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Kaedah hitungan tempoh enam bulan dua lahzah adalah mengikut takwim hijri semasa, tanpa mengkhususkan bilangan 180 hari.