BAHAGIAN RUJUKAN MAKLUMAT

Pengenalan 
Bahagian ini pada asalnya merupakan salah satu bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas Unit Falak dan Sumber Maklumat. Bermula dari 1 Januari 2015 bahagian ini dipisahkan dari Bahagian Falak secara rasminya. Pengambilan kakitangan bermula pada Januari 2015 sehingga December 2015. Unit ini dilengkapi dengan seorang pegawai, seorang penolong pegawai ICT, seorang penolong pegawai hal ehwal Islam dan seorang pembantu tadbir. 
 Fungsi
    1. Menyedia dan mengawal kata kekunci carian fatwa.
    2. Memasukkan data baru fatwa negeri, fatwa negeri lain dan fatwa kebangsaan.
    3. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran laman web dan media-media sosial Jabatan.
    4. Membangunkan sistem maklumat pengurusan komputer mengikut keperluan.
    5. Merangka program-program perisisan dan pengoperasian komputer.
    6. Berfungsi untuk memasukkan maklumat ke dalam bank data & bertanggungjawab atas keselamatan data-data
    7. Bertanggungjawab dalam urusan penyelenggaraan sistem komputer.
    8. Memproses data dan mengeluarkan maklumat seperti yang dikehendaki oleh pengguna
    9. Menjalankan kajian keperluan penggunaan komputer dan khidmat kepakaran.
    10. Menguruskan urusan penerbitan dan pengedaran bahan-bahan terbitan Jabatan.
    11. Menjalankan penyelidikan dan ujian dalam bidang-bidang yang berkenaan.
    12. Menjalankan proses mengkatalog dan mengelaskan bahan-bahan perpustakaan
    13. Mengurus penjilidan, pinjaman dan pemulangan bahan-bahan perpustakaan.
    14. Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan