Arkib Keratan Akhbar Tahun 2019

Gojek tak Islamik, tak sopan - Mufti Selangor | SinarHarian, 22 Ogos 2019

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek disifatkan sebagai tidak Islamik dan tidak sopan.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, secara terus terang apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim membonceng motosikal boleh mengundang kepada fitnah.

Menurutnya, bagi mengelakkan tuduhan fitnah berkenaan, adalah lebih elok ditiadakan perkhidmatan Gojek itu.

"Tak sesuai, lelaki dan perempuan bukan muhrim membonceng motosikal yang sama. Mungkin penunggangnya lelaki dan pemboncengnya perempuan atau sebaliknya. Apa ke halnya kena ada situasi begitu?

Mohd Tamyes berkata, mungkin kerajaan boleh memikirkan langkah lain yang lebih baik bagi mengelakkan masalah ini.

Bagaimanapun, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk memutuskan pelaksanaan Gojek ini.


 Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gojek-tak-islamik-tak-sopan-mufti-selangor-215581