Bengkel Pengurusan Kelab Falak

Teluk Kumbar : Satu program "Bengkel Pengurusan Kelab Falak 2015" anjuran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang  telah diadakan selama 2 hari bermula pada 6 hingga 7 Mac 2015. Seramai 25 orang guru kelab falak, dari 10  buah Sekolah Angkat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang  telah menjayakan program ini yang bertempat di Pusat Sukan Air, Teluk Kumbar..

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkemaskan sistem pembelajaran ilmu falak yang sedia ada dan meningkatkan kemahiran peserta membuat persembahan. Di samping itu juga, peserta didedahkan dengan pelbagai teknik-teknik penyampaian modul pembelajaran falak yang baru bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi semasa merangka program-program falak di sekolah.

Program hari pertama dimulakan dengan ceramahilmu falak yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Kedah, iaitu Y.Bhg. Syeikh Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil. Pembelajaran modul falak diteruskan oleh Pensyarah dari UNISZA iaitu Encik Mat Taufan. Program bertambah rancak di sebelah malam dengan cerapan langit malam oleh para peserta.

Intorduction Of Astronomy oleh Prof Madya Dr. Chong Hon Yew menjadi pembuka program pada hari kedua dan disusuli praktikalnya. Program berakhir dengan majlis penyampaian sijil kepada peserta.