Kelas Tafaqquh Ilmu Falak Siri 1/2015

Pantai Acheh : Satu kelas pengajian "Kelas Tafaqquh Ilmu Falak Siri 1/2015" anjuran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Pusat Falak Sheikh Tahir pada 13 Mac 2015 yang lalu. Kelas pengajian ini dikendalikan oleh Ustaz Wan Hafiz dari Kedah yang membincangkan pengajian kitab thurath " Taqriib Al-Maqsud (Falakiyah)" dan kitab thurath " Sulamun Nirain (Hisabiyah)". Program bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program berjaya dilaksanakan dengan penyertaan peserta seramai 20 orang.