Salam Perpisahan & Selamat Maju Jaya kepada Haji Mamat bin Said

 

Haji Mamat bin Said, merupakan seorang pegawai yang sentiasa merendah diri, lemah lembut dalam pertuturan dan peramah. Beliau telah melapor diri dan mula bertugas sebagai Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang  pada 19 Sept 2013.

Sepanjang tempoh perkhidmatanya iaitu lebih kurang 3 tahun dan 3 bulan, Haji Mamat bin Said merupakan seorang Timbalan Mufti yang amanah dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai  salah seorang yang berperanan penting dalam struktur organisasi jabatan ini.

Perjalanan kerjaya Haji Mamat bin Said kini diteruskan di Majid Negara  apabila beliau telah mendapat arahan pertukaran pada 13 Januari 2017.

Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala jasa & pengorbanan sepanjang tempoh perkhidmatan tuan Haji Mamat di jabatan ini.

Selamat maju jaya diucapkan.