Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Syeikh Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Syeikh Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad, Mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus. Sesungguhnya kembalinya Almarhum ke hadhrat Ilahi merupakan satu kehilangan besar kepada masyarakat Islam di negara Malaysia, khususnya kepada institusi kefatwaan. Almarhum telah mempamerkan komitmen yang tinggi sepenjang memegang jawatan sebagai Mufti Negeri Sembilan. Sumbangan beliau yang cemerlang kepada perkembangan institusi kefatwaan memang tidak ternilai. Beliau amat dihormati oleh segenap lapisan masyarakat Muslim di negara ini kerana kemantapan ilmu agamanya, perwatakan sufiahnya, sikapnya yang tegas di samping sifat-sifat terpuji yang menghiasi peribadinya. Kami mendoakan semoga beliau mendapat rahmat dan keampunan Ilahi, seterusnya dimasukkan ke dalam Jannah bersama para Anbiya', Auliya', Syuhada' dan Solihin.

Dato' Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd Noor
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang