BELAJAR ILMU FALAK DI MASJID
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) dengan julung kalinya telah menganjurkan Siri Pengajian Sijil Asas Falak bagi melahirkan generasi yang celik mengenai kepentingan Ilmu Falak. Program ini juga turut bertujuan bagi mengetengahkan pengajian Ilmu Falak di masjid-masjid.Menurut Ketua Bahagian Falak, JMNPP, Mohammad Haniff, program ini akan berlangsung di masjid Seberang Jaya Perai dan akan dikendalikan oleh Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak dari Jabatan Agama Islam.Menurutnya lagi,Siri Pengajian ini mengandungi 5 modul dan setiap modul akan dibahaskan pada tarikh tertentu yang telah ditetapkan dari jam 8.30 am- 4.30 pm. Bermula pada 24 Jun dan bakal berakhir pada 26 Ogos.Pada sesi yang pertama , seramai 37 penyertaan telah berjaya direkodkan untuk mengikuti Siri Pengajian Sijil Asas Falak Ini. Apa yang membanggakan ialah pada sesi yang pertama ini, terdapat penyertaan daripada orang Puchong, Solangor.Diharapakan penyertaan daripada orang ramai dapat meningkatkan kecintaan masyarakat Malaysia terhadap keunikan ilmu falak ini.