Program Tafaqquh Ilmu Falak Siri 2/2018

Rangkuman Program Tafaqquh Ilmu Falak Siri 2/2018 yang telah diadakan pada 18 Julai 2018 bersamaan 5 Zulkaedah 1439H dari jam 8.30 pagi - 1.00 petang di Auditorium MPSP, Bandar Perda. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Program ini telah disertai oleh barisan peserta yang terdiri daripada Imam - Imam Masjid di Pulau Pinang, kakitangan awam jabatan-jabatan Negeri Pulau Pinang, dan juga kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang sendiri.

Program ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan YBhg. Ustaz Ahmad Irfan b. Ikmal Hisham, Pensyarah Pusat Bahasa Moden & Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaysia Pahang. Beliau telah menyentuh tentang asas-asas ilmu falak dan juga isu viral berkenaan perdebatan fakta Bumi berbentuk sfera ataupun saktah (mendatar).

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh S.F. Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj. Aminudin bin Mohamad. Program kali ini turut dihadiri YBhg. Ustazah Norliza binti Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

DSC 2063 DSC 2104 DSC 2124 DSC 2127