Bengkel ICT Siri 1/2019

Bengkel ICT Siri 1/2019 telah berlangsung pada 11 Mac 2019 bersamaan dengan 4 Rejab 1440H bertempat di Bilik Latihan ICT (Millenium) Tingkat 24, Komtar. Sesi bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Puan Siti Mazrishah binti Mohamed Ibramsah (Ketua Penolong Setiausaha (IKST), BTMKN.

Objektif Bengkel ICT siri 1/2019 anjuran bersama Bahagian Rujukan Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri (BTMKN) ini diadakan adalah bagi memantapkan pembudayaan ICT dikalangan warga kerja Jabatan ini dan untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi ICT dalam menyahut seruan pelaksaan Kerajaan Digital oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Antara taklimat yang telah disampaikan oleh Puan Siti Mazrishah binti Mohamed Ibramsah (Ketua Penolong Setiausaha (IKST), BTMKN) kepada kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang adalah berkenaan Dasar Keselamatan ICT (DKICT), Garis Panduan Dokumen Elektronik dan Media Storan serta Microsoft OneDrive.

Daripada taklimat yang disampaikan, Garis Panduan Dokumen Elektronik dan Media Storan merupakan dokumentasi yang menekankan aspek keselamatan dokumen elektronik yang merangkumi email, data dan maklumat di dalam media storan seperti compact disk, USB drive, external hard disk dan hard disk. Selain itu, kakitangan Jabatan juga dibantu secara langkah demi langkah untuk meggunakan kemudahan Microsoft OneDrive.

Sesi bengkel diakhiri dengan penyampaian cederahati kepada penceramah oleh Penolong Mufti Kanan (Bahagian Rujukan Maklumat).