Team Building

Bukit Bendera, 7 Mac 2020 - “Team Building” merupakan satu program ke arah meningkatkan tahap profesional kakitangan, pengukuhan motivasi, meningkatkan pengetahuan, serta mewujudkan dan memantapkan semangat kekitaan dalam organisasi. Seramai 29 orang kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang (JMNPP) terlibat dalam program yang telah diadakan di ‘‘The Habitat Penang Hill’’. Ini merupakan salah satu aktiviti yang akan memberi kesan positif kepada semua kakitangan JMNPP.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang hari, antaranya ialah The Web Of Life, Dance Monkey, dan Canopy Bridge. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ini bertujuan membentuk kesefahaman antara para peserta, memupuk jalinan komunikasi yang baik dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan ini mampu membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang.

Secara keseluruhannya program ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli Jabatan. Selain itu juga, ahli JMNPP juga dapat merancang suatu perancangan serta dapat menyumbangkan sesuatu idea kepada jabatan yang bakal dijalankan pada masa akan datang.


Gambar program boleh didapati di pautan berikut: http://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-07-52-44/gambar/category/70-team-building