Wacana Falak Siri 1/2021

Pulau Pinang - Program Wacana Falak Tahun 2021 telah diadakan pada tanggal 10 Mac 2021 Masihi bersamaan 26 Rejab 1442 Hijrah bertempat di Digital Library, Pulau Pinang. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa, wacana ini diadakan dengan penyertaan yang terhad dan secara atas talian iaitu melalui aplikasi Conferences dan Facebook Live . Seramai 70 orang peserta telah mengikuti program ini melalui dua (2) medium di atas termasuk yang hadir secara fizikal di lokasi program.

Seramai dua (2) orang pembentang dijemput untuk menjayakan wacana pada tahun ini. Mereka ialah:

  • Al-Fadhil Dr. Mohd Fahmi bin Abdul Khir (Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Perak)-Tajuk : Tadabbur Surah Al-Isra
  • Al-Fadhil Ts. Dr. Muhammad Nazir bin Mohamad Khalid (Penulis Buku: Meneroka Rahsia STEM; Science, Technology, engineering Math dalam Al-Quran)-Tajuk : Inspirasi Ilmu STEM Menerusi Peristiwa Israk & Mikraj