Diskusi Falak Siri 1/2021

Pulau Pinang- Program Diskusi Falak Siri 1/2021 telah diadakan oleh Bahagian Falak secara atas talian menggunakan aplikasi Facebook Pusat Falak Sheikh Tahir, sesuai dengan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengikut prosedur SOP yang telah ditetapkan.  Program yang dijalankan pada tarikh 26 April 2021 ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti diskusi ini.

Diskusi Falak Siri 1/2021 telah menampilkan Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz yang merupakan Ahli Panel Pakar Falak JAKIM dan Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Pulau Pinang sebagai panelis program dan digandingkan bersama Sahabat Falak JMNPP sebagai moderator program iaitu, saudara Muhammad ‘Izzat bin Mohd Zubir. Program ini diadakan bertujuan untuk membahas dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan falak