Laman Web Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Bengkel Ilmu Falak

Nibong Tebal - Program sehari di Universiti Sains Malaysia, Transkrian telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 29 November 2014 yang lalu. Antara pengisian program adalah seperti bengkel kiblat, panduan membaca peta bintang, bengkel hilal, pengenalan peralatan tradisional falak beserta kegunaannya dan kemuncak program adalah cerapan langit malam.

Seramai 50 orang peserta telah melibatkan diri dalam program tersebut. Kebanyakan pelajar tidak pernah memahami mahupun mengenali ilmu falak secara lebih mendalam. Justeru, program ini banyak membantu para pelajar dalam memahami seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Aplikasi digital turut didedahkan kepada para pelajar dengan mengenal buruj melalui aplikasi perisian "stellarium" bagi memudahkan tujuan mengenal dan memahami buruj dengan lebih berkesan.