Hebahan peristiwa Istiwa Adzam tahun 2018

Istiwa Adzam merupakan satu peristiwa di mana kedudukan Matahari berada tepat di atas Kaabah. Apabila Istiwa Adzam berlaku semua bayang objek yang tegak akan menunjukkan ke arah Kaabah.
 
Fenomena ini akan berlaku pada :
28 Mei 2018 (Isnin) pada jam 5.16 petang
 
Kepada anda semua yang ingin mengetahui dan menyemak kedudukan arah kiblat, jangan ketinggalan  untuk menyemak pada tarikh tersebut.
Berikut merupakan panduan menyemak arah kiblat yang boleh digunakan:
 
1.Pastikan kayu yang digunakan adalah tegak 90 darjah di atas permukaan yang rata.
2.Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi.
3.Pastikan matahari mudah dilihat dan tidak terlindung di kawasan tersebut.
4.Dari hujung bayang ke kayu itulah Arah Kiblatnya.
 
 Istiwa Adzam  2016 (1)
 Istiwa Adzam  2016 (2)
 Istiwa Adzam  2016 (3)
 Istiwa Adzam  2016 (4)
Istiwa Adzam  2016 (5)