Salam takziah: Mufti Perak meninggal dunia

انا لله وانا اليه راجعون

Dengan rasa sedih dan pilu, saya secara peribadi dan mewakili Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan seluruh warga Jabatan Mufti Negeri Negeri Pulau Pinang dengan ini mengucapkan takziah kepada Puan Sri Datin Seri Hajah Ainon Abdul Ghani dan keluarga Allah Yarham kekanda yang dikasihi Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria di atas kembalinya beliau ke hadrat Ilahi dengan iringan doa semoga Allah SWT mencucuri rahmat-NYA ke atas roh beliau dan ditempatkan di jannah bersama arwah para anbiya’, auliya’ dan solihin. Amin, amin, amin ya Rabbal ‘Alamin!

MUFTI PULAU PINANG