Vape dan sisha difatwakan haram - Mufti Pulau Pinang || Berita Harian, 4 Disember 2015

GEORGETOWN: Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan penggunaan rokok elektronik atau vape serta sisha difatwakan sebagai haram. Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata pengharaman vape itu dibuat berdasarkan keputusan yang disepakati Panel Pakar Syariah (PPS). "Kita haramkan vape mengikut pandangan Islam, selain ia boleh menjejaskan kesihatan individu yang menghisapnya. "Pengharaman ini juga dibuat kerana ia menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Selanjutnya di :http://www.bharian.com.my/node/102167