Arkib Berita

Balik Pulau, 11 April – Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) telah menerima kunjungan daripada Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Rombongan yang terdiri daripada 6 anggota, diketuai oleh Ust. Shahril Azwan bin Hussin (Ketua Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).

Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pendedahan mengenai pengukuran arah kiblat menggunakan alat Global Navigation Satellite System (GNSS) yang digunakan oleh JMNPP. Satu sesi taklimat dan latih amal penggunaan GNSS telah diadakan dengan Unit Falak JMNPP selaku penyelaras taklimat tersebut.

GNSS sejenis alat ukur yang berpandukan satelit dan Sistem Penentududukan Sejagat (Global Positioning System - GPS) berbanding peralatan ukur yang biasa digunakan seperti Teodolit yang bergantung kepada cerapan matahari. Alat GNSS mempunyai kelebihan melaksanakan kerja ukur ketika hujan, mendung, dan waktu malam. Melalui penggunaan GNSS ukuran arah kiblat lebih sistematik. JMNPP merupakan antara Jabatan Mufti di Malaysia terawal yang telah menggunakan GNSS dalam pengukuran arah kiblat.

Selain itu, delegasi rombongan turut mengadakan lawatan ke Pusat Falak Sheikh Tahir (PFST), Balik Pulau. 

.