Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang Bulan Januari 2019

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (Bulan Januari 2019) telah diadakan pada tanggal 25 Januari 2019 bersamaan 19 Jamadilawwal 1440H di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti bermula pada jam 8.00 pagi. Perhimpunan bulanan ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 berkaitan Panduan Pengurusan Pejabat.

Antara objektif majlis perhimpunan ini adalah:

  • Mendengar amanat Ketua Jabatan
  • Menyampaikan maklumat semasa
  • Mengeratkan hubungan antara warga Jabatan

S.S Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor dalam amanatnya menyeru agar seluruh warga Jabatan Mufti dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Beliau turut memperingatkan kepada semua kakitangan Jabatan bahawa amanah adalah sesuatu yang sangat dituntut dan rapat  dengan agama Islam. Selain itu, beliau turut menasihatkan para pegawainya agar sentiasa bersikap adil dalam membuat sesuatu keputusan berlandaskan fakta-fakta yang tepat.

Terdahulu dalam majlis yang sama S.F. Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj. Aminudin bin Mohamad telah menyampaikan beberapa makluman untuk perihatian bersama warga Jabatan. Antara perkara yang disampaikan adalah berkenaan penetapan konsep dan pengisian Majlis Perhimpunan bulanan yang akan diadakan sebulan sekali pada setiap bulan bermula Januari 2019. Timbalan Mufti turut memberi peringatan mesra berkenaan penyediaan MyPortfolio yang perlu diselesaikan secara berperingkat dan pelaporan status perlaksanaannya secara berkala kepada pihak urusetia PSUKPP.

Selain itu, perkara-perkara berkaitan HRMIS seperti penyediaan SKT bagi tahun 2019 , penyemakkan data berintegriti, pengisytiharan harta turut disebut bagi menggambarkan komitmen Jabatan dalam mematuhi arahan PSUKPP. Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Integrity Pact.

Para hadirin diraikan dengan sedikit jamuan tenghari sebelum majlis selesai.