Arkib Berita Tahun 2018

Bengkel Pembangunan Modul Pengajian Falak Edisi Pulau Pinang 2018

Pada 27 dan 28 Februari bersamaan 11 dan 12 Jamadilakhir (Selasa danRabu) lalu, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pembangunan Modul Pengajian Sijil Asas Falak Edisi Pulau Pinang. Bengkel ini disertai oleh Panel Penggubal yang telah dilantik iaitu Dr. Saiful Anwar Nawawi (Akademi Pengajian Islam UM/Panel Pakar Falak JAKIM) Ust. Faizal Jani (Jab. Mufti Perak), dan Ust. Anuar Ariffin (JHEAIPP). Masing-masing telah dipertanggungjawabkan merangka modul berkaitan Hilal/Takwim, Gerhana Bulan/Matahari, dan Arah Kiblat. Panel-panel lain yang turut terlibat menambah baik modul adalah Dr. Shahir Akram (ISDEV USM), Dr. Shukri Hanapi (ISDEV USM), Pn. Halimah Khalil (KMPP), Ust. Khairi Nawawi (JHEAIPP), Ust. Rahman Jabit (Madrasah Manabi'ul Ulum), Ust. Hafiz Ismail (Maahad Mashoor Islami), dan En. Nor Azam Mat Noor (Bekas Penyelidik Sains Atmosfera USM). Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Hj. Aminudin bin Mohamad (Timb. Mufti) dan Majlis Penutup Bengkel disempurnakan oleh Sahibus Samahah Dato' Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor (Mufti Kerajaan Negeri). Modul yang dibangunkan ini dijadual akan dilaksanakan pada pertengahan tahun ini menerusi Siri Pengajian Sijil Asas Falak yang merangkumi topik Pengenalan Ilmu Falak, Hilal/Takwim, Waktu-waktu Solat, Gerhana Bulan/Matahari, dan Arah Kiblat. 

 

Falak18 28279124 1867053420002587 184188674702936831 n 28468486 1867053610002568 2045724003372375352 n             28471302 1867054690002460 1067092873656977082 n