Arkib Berita Tahun 2018

SEMINAR AL QURAN 2018


MEMAHAMI KONSEP SIASAH MENURUT AL QURAN: PERSEPSI DAN REALITI

Bertempat di TH Hotel, Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang pada 12 Mei 2018 yang lalu telah berlangsung Seminar Al Quran Kali ke 9. Program pada kali ini bertemakan “Memahami Konsep Siasah Menurut Al Quran : Persepsi dan Realiti.

Seminar Al Quran merupakan program tahunan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang juga sebahagian daripada program-program di bawah Sambutan Bulan-bulan Al Quran Negeri Pulau Pinang. Perasmian program telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Abdul Malik bin Abul Kassim, Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Bagi tahun ini, SS Dato Dr Haji Zulkifly bin Muda, Mufti Kerajaan Negeri Terengganu telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucaptama yang berkaitan dengan tema Seminar. Dalam kertasnya beliau menegaskan bahawa pemerintahan yang berteraskan perundangan Ilahi adalah sebuah sistem yang menjanjikan kerahmatan buat sisi alam. Manusia yang berada di bawah sistem pemerintahan Islam dilayan dengan sebaik mungkin.

Selain beliau, turut terlibat dalam pembentangan kertas kerja ialah

 1.
Dr Mohd Farid bin Mohd Shahran (Institut Kefahaman Islam Malaysia – IKIM) 
Tajuk:Gagasan Islam Terhadap Anamah Kepimpinan dan Tanggungjawab Kekuasaan.
 2.
 Dr. Mohd Hafiz bin Mahaiyadin (Universiti Teknologi Mara – UiTM)
Tajuk : Asas-asas Politik Dalam Lensa Al Quran
3.
Dr Haji Ahmad Zaharuddin Sani bin Ahmad Sabri ( Universiti Utara Malaysia – UUM)
Tajuk : Ulamak dan Politik : Pasca Moden vs Tradisional

SQ2018 (1) SQ2018 (2) SQ2018 (3) SQ2018 (4)
 SQ2018 (5)  SQ2018 (6)  SQ2018 (7)  SQ2018 (8)