Hebahan peristiwa Istiwa Adzam bagi tahun 2016

Istiwa Adzam adalah satu fenomena di mana kedudukan Matahari akan berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini akan berlaku dua kali setahun iaitu pada :

  1. 28 Mei pada jam 5.16 petang waktu tempatan.

  2. 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan.

Semasa fenomena ini, kita kita boleh menyemak arah Kiblat. Cara-cara untuk menyemak arah Kiblat ialah :

  1. Sediakan sebatang kayu dan dirikan di kawasan lapang atau kawasan yang menerima cahaya Matahari.

  2. Perhatikan bayang-bayang dan unjurkan garisan ke arah Matahari.

  3. Bayang/bayang atau garisan yang terhasil akan menunjukkan arah Kiblat.

Bagi tahun 2016 ini, kita akan mengalami peristiwa tahun lompat. Maka tarikh bagi Istiwa Adzam akan berlaku sehari lebih awal iaitu pada :

  1. 27 Mei 5.16 petang waktu tempatan.

  2. 15 Julai 5.28 petang waktu tempatan.

Jom semak arah Kiblat di rumah kita. Selamat Mencuba !!!

 

Istiwa Adzam  2016 (1) Istiwa Adzam  2016 (2) Istiwa Adzam  2016 (3) Istiwa Adzam  2016 (4) Istiwa Adzam  2016 (5)

 Sumber daripada www.falakonline.com