Hebahan Peristiwa Gerhana Bulan Separa 1438H

 
          Adalah dimaklumkan bahawa Gerhana Bulan Separa dijangka akan berlaku pada 8 Ogos 2017 bersamaan 15 Zulkaedah 1438H. Maklumat mengenai peristiwa gerhana tersebut adalah seperti berikut:-
 
Gerhana Bulan Separa mula kelihatan : 1.22 pagi
Gerhana Bulan Separa (kemuncak) : 2.20 pagi
Gerhana Bulan Separa tamat : 3.18 pagi
 
          Bersempena dengan peristiwa gerhana ini, seluruh umat Islam adalah disunatkan menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan dan khutbah Gerhana Bulan pada waktu peristiwa Gerhana Bulan berkenaan berlaku. Waktu afdhal Solat Sunat Gerhana Bulan adalah pada pukul 2.20 pagi iaitu fasa kemuncak Gerhana Bulan Separa. Di samping itu, umat Islam juga digalakkan memperbanyakkan amalan bersedekah dan berzikir.
 
           Sehubungan dengan itu, jabatan ini ingin memohon jasa baik pihak Y.Bhg tuan untuk menghebahkan peristiwa ini kepada seluruh masyarakat Pulau Pinang. Jabatan Mufti juga akan mengadakan Program Cerapan Gerhana Bulan Separa pada 7 & 8 Ogos 2017, jam 11.30 malam - 4.00 pagi, bertempat di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas. Pihak jabatan ada menyediakan kaifiat solat sunat gerhana dan khutbah Gerhana Bulan yang boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

*Sila klik pada pautan untuk muat turun dokumen berkaitan