MAKLUMAN JADUAL WAKTU SOLAT 30 ZULHIJJAH 1438H / 21 SEPTEMBER 2017 (KHAMIS) BAGI NEGERI PULAU PINANG

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
 
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa berikutan perubahan Takwim Hijri / pertukaran tarikh 1 Muharram 1439H dari 21 September 2017 (Khamis) kepada 22 September 2017 (Jumaat) sebagaimana yang telah diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Maka, Bilangan hari bagi bulan Zulhijjah 1438H (bulan sebelumnya) digenapkan menjadi 30 hari. Ini berdasarkan semakan semula terhadap data-data Hilal (29 Zulhijjah 1438H) oleh Panel Pakar Falak JAKIM yang mendapati Hilal ketika itu belum (hampir) memenuhi kriteria “Imkanur Rukyah” (Kebolehnampakan Hilal). Justeru, keesokan harinya belum boleh diisytiharkan sebagai bulan baru.
 
3.     Sehubungan dengan itu, Jadual Waktu Solat 30 Zulhijjah 1438H / 21 September 2017 (Khamis) bagi Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :-
 

Bayang Searah Kiblat

Imsak

Subuh

Syuruk

Zohor

Asar

Magrib

Isyak

12:25

05:42

05:52

07:07

01:14

04:21

07:16

08:25

Jabatan ini memohon kerjasama Y.B. Dato' / Y.Bhg Tuan / Puan untuk menghebahkan makluman ini ke masjid-masjid, surau-surau serta masyarakat Islam di seluruh Pulau Pinang. Perhatian dan kerjasama daripada pihak Y.B Dato' / Y.Bhg Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.