Fenomena Istiwa' A'dzom di Negeri Pulau Pinang

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini ingin memaklumkan kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang mengenai fenomena Istiwa' A'dzom yang mana kita berpeluang melakukan semakan arah kiblat di rumah kediaman masing-masing atau di mana-mana premis untuk tujuan melakukan solat atau ibadah yang lain pada:

Tarikh: 28 Mei 2019M |  23 Ramadan 1440H

Waktu: 5.16 petang 

Pada tarikh dan waktu berkenaan, kedudukan matahari berada hampir tepat di atas Kaabah. Oleh yang demikian, bayang sesuatu objek atau tiang akan menuju tepat ke arah kiblat. Berikut adalah infografik berkaitan fenomena ini.

Istiwa Adzam 2019 latest