MAKLUMAN EDARAN TAKWIM HIJRI 1442 DAN JADUAL WAKTU SOLAT PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini telah menerbitkan Takwim Hijri 1442 dan Jadual Waktu Solat Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini memohon kerjasama YBhg. Dato’ /Tuan/Puan untuk mengambil maklum akan pengedaran Takwim ini  berdasarkan agihan seperti berikut :-

Pautan Permohonan Takwim - https://bit.ly/TakwimHijri1442PP  yang perlu dilengkapkan sebelum Takwim boleh dituntut (Tertakluk Kesediaan Stok).

Saiz

Edaran

Tempoh Edaran

Besar (A2)

  • 1 naskhah/Masjid dan Surau Perumahan sahaja

9.00 pagi - 4.00 petang

(Waktu Pejabat)

 

18 Ogos 2020/28 Zulhijjah 1441H –

27 Ogos 2020/8 Muharam 1442H

Sederhana (A3)

  • ≤ 3 naskhah untuk Individu
  • ≥ 4 naskhah untuk Jabatan/Agensi

(Tertakluk Emel Kelulusan)


Takwim ini juga boleh dimuat turun melalui menu Muat Turun > Takwim Waktu Solat > Takwim Tahun 2020-2021/1442H

Berikutan pelaksanaan edaran ini berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),  pihak YBhg. Dato’ /Tuan/Puan adalah diingatkan supaya mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan termasuk memastikan diri bebas gejala serta memakai pelitup muka semasa mengambil takwim ini di pusat pegambilan yang dipilih.  Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Dato’ /Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.