Arkib Berita Tahun 2018

BELAJAR ILMU FALAK DI MASJID

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) dengan julung kalinya telah menganjurkan  Siri Pengajian Sijil Asas Falak bagi melahirkan generasi yang celik mengenai  kepentingan Ilmu Falak. Program ini juga turut bertujuan bagi mengetengahkan  pengajian Ilmu Falak di masjid-masjid.
Menurut Ketua Bahagian Falak, JMNPP, Mohammad Haniff, program ini akan berlangsung  di masjid Seberang Jaya Perai dan akan dikendalikan oleh Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak  dari Jabatan Agama Islam.
Menurutnya lagi,Siri Pengajian ini  mengandungi 5 modul dan  setiap modul akan dibahaskan pada tarikh tertentu yang telah ditetapkan dari jam 8.30 am- 4.30 pm. Bermula pada 24 Jun dan bakal  berakhir pada 26 Ogos.
Pada sesi yang pertama , seramai 37 penyertaan telah berjaya direkodkan untuk mengikuti  Siri Pengajian Sijil Asas Falak Ini. Apa yang membanggakan ialah  pada sesi yang pertama ini, terdapat penyertaan daripada orang Puchong, Solangor.
Diharapakan penyertaan daripada orang ramai dapat  meningkatkan kecintaan masyarakat Malaysia  terhadap keunikan ilmu falak ini.
Siri Pengajian Sijil Asas Falak   1)