Jawapan:
- ada nas-nas yang mengatakan dibolehkan azan dua kali pada solat Jumaat. Dianta nasnya, ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu daud dalam Sahih tarmizi juzuk. 4 m/s 201. mengikut Sabda Nabi S.A.W: “bermaksud : lazim di atasmu dengan sunnahKu dan sunnah-sunnah khalifah yang terpimpin kemudian daripada Aku.”
Dan
Bermaksud : Sahabat-sahabatKu adalah seperti bintang, yang mana diantara mereka itu dijadikan ikutan, ikutilah mereka supaya kamu mendapat pertunjuk
Dan
Bermaksud : Aku dengar Saib b. Yazid berkata, bahawasanya azan pada hari Jumaat mula-mulanya pada ketika duduk Imam di atas mimbar di zaman Rasullullah S.A.W, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Manakala Saidina Osman menjadi khalifah dan manusia bertambah ramai maka Saidina Osman menyuruh azan yang ketiga pada hari Jumaat. Maka Azan itu dillakukan itu, di atas satu tempat maka kekallah perbuatan aan yang kedua pada hari Jumaat sehingga pada hari ini sepertimana yang dilakukan di zaman Saidina Osman.
- Menurut keterangan yang diberi di dalam kitab fiqh ala al-mazahab arbaah juzu’ awal m/s 394-395 keterangan adalah seperti berikut:
Bermaksud : Disunatkan khatib semasa membaca khutbah memegang pedang, kayu atau tongkat dengan tangan kirinya.
Diriwayatkan oleh Abu Daud berkata rasulullah S.A.W ketika berdiri membaca khutbah Jumaat memegang tongkat atau pedang atau busar anak panah.
- Memakai tudung Kepala semasa khatib membaca khutbah disentuh di dalam kitab Nihayatuzzain m/s 143:
Maksudnya: Disunatkan Imam untuk menambahkan keelokkan dan kehebatan bagi menarik pandangan para jemaah dengan memakai serban atau tudung kepala.
Maksud yang kedua: Rasulullah S.A.W memakai tudung di kepala semasa membaca khutbah. Panjang kain tudungnya ialah 6 hasta dan lebarnya 3 hasta yang diletakan di atas kepalanya dan menutupi kedua-dua bahunya dan belakangNYA sepertimana yang diterangkan oleh Imam Sayuti. |