Hari ini:
Tingkat 48, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang Tel: 04-2632975 / 0634 Faks: 04-2632985
Berita semasa


SOAL JAWAB AGAMA

Soalan :

  • Apakah hukum menutup aurat dan bagaimanakah etika berpakaian yang dikatakan menutup aurat itu menurut syariat Islam ? Bagaimana pula dengan memakai kemeja-t ( T-shirt ) berlengan pendek ?
  • Sejauh manakah solat itu boleh mencegah kepada perbuatan mungkar ?
  • Bolehkah kita menindik telinga sampai penuh telinga ? Apakah hukumnya ?
  • Menanam pokok hiasan ( pokok krismas ) adalah salah disisi agama ? nyatakan sebab-sebabnya.


Jawapan :

1) - Pendapat pertama : ‘Aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya, termasuk muka dan kedua telapak tangannya Kukunya.

- Pendapat kedua : ‘Aurat perempuan adalah selurah tubuhnya, kecuali muka dan kedua tapak tangannya.

Pendapat ini ada yang menambahkannya bahawa kekecualian itu termasuk kedua telapak tangan.

2) – Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 45 juz 20 yang bermaksud :

“ Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada engkau daripada kitab (AL-Quran) dan dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya ingat Allah itu adalah lebih besar, dan Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.”

Berdasarkan kepada ayat ini,jelas kepada kita bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang islam itu akan mencegahnya dan memeliharanya daripada melakukan perkara-perkara keji, mungkar, haram dan yang dilarang oleh Allah s.w.t. Sembahyang yang ditunaikan oleh seseorang itu mestilah dengan penuh kusyuk, tawaddu’, ikhlas kerana Allah Taa’la, memahami akan hakikat sembahyang, mengetahui makna-makna ayat Al-Quran serta tasbih yang di baca dalam sembahyang.

3) – Hukum menindik telinga adalah harus bagi orang perempuan yang berniat menghiaskan diri untuk orang yang sepatutnya seperti kepada suaminya dan yang mahram dengannya. Tetapi jika ia terlalu berlebih-lebihan dengan menindik sampai penuh telinga dan meniatkan supaya dilihat oleh orang ramai dan kelihatan cantik dikalangan orang yang bukan mahram dengannya adalah haram.

4) - Menanam pokok hiasan seperti pohon ru sempena hari krismas atau tidak, tidak ada di sebut di dalam Al-Quran mahupun sunnah Nabi s.a.w dan juga sirah Rasul. Dan pohon Ru juga tidaklah melambangkan krismas yang dirayakan oleh orang-orang kristian. Oleh itu tidaklah ia salah disisi agama islam jika menanamnya untuk tujuan lain seperti hiasan,sebagai tempat berteduh, mencantikkan kawasan persekitaran dan sebagainya. Pokok ru ini samalah juga dengan lambang ketupat nasi yang dirayakan oleh orang islam.Ketupat nasi bukanlah ada kaitannya dengan syariat perayaan tersebut Cuma ia hanya satu kebiasaan dan adat sesuatu bangsa atau tempat tertentu. Namun begitu, jika ia menanam pokok Ru untuk memuliakan sambutan hari krismas dan merayakannya bersama mereka, hukumnya akan menjadi haram.




  | galeri |
picasaweb
 
Laman info
Piagam Pelanggan
Pengenalan
S.S Mufti
Kemusykilan
Berita & Galeri
Penerbitan
Bahagian Fatwa
Bahagian Falak
Carta Organisasi
Artikel Pilihan
Aktiviti Jabatan 2009
Pautan

anda pengunjung ke
free hit counter
 sejak JUN 2005 

kemaskini : 2 Februari 2010

TAQWIM WAKTU SOLAT
BAGI
NEGERI PULAU PINANG

1431H / 2010M

|
klik |
untuk muat turun


 
Diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.'anhuma, beliau berkata:"Nabi s.a.w dilahirkan pada hari Isnin, dilantik menjadi nabi pada hari Isnin, diwafatkan pada hari Isnin, keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah pada hari Isnin, sampai di Madinah pada hari Isnin, dan mengangkat Hajar Aswad pada hari Isnin.".....................
kalender
 
aktiviti | Februari


| 3-7 Feb |
BENGKEL TELESKOP DAN PENGURUSAN BALAI CERAP
Tempat:
LNO, Langkawi

|9-11 Feb |
BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PENINGKATAN LAMAN WEB
Tempat:
UiTM, Permatang Pauh

|14 Feb |
CERAPAN HILAL RABIUL AWAL
Tempat:
Pusat Falak Sheikh Tahir

| 20 Feb |
SEHARI BERSAMA JMNPP
Tempat:
Masjid Sg. Batu, Teluk Kumbar

|25 Feb |
SEMINAR PENGURUSAN HOTEL
Tempat:
UiTM, Permatang Pauh


carian:
 
 web
  Web JMNPP

Dijana oleh :
Google

Aduan:
Mohd Jais Anuar Bin Ahmad
| email: | mohd_jais@penang.gov.my

 


Kerajaan
Negeri Pulau Pinang


Penafian: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami  semasa menggunakan maklumat-maklumat di dalam laman ini
:: paparan menarik adalah menggunakan internet explorer dengan screen resolution 1024 x 768 pixels :
| webmaster |