MAKLUMAN PENTING...Kepada yang ingin menempah lawatan ke Pusat Falak Sheikh Tahir atau menjemput Bahagian Falak Jabatan Mufti Pulau Pinang mengadakan aktiviti falak/astronomi di tempat anda...anda boleh menyemak kekosongan tarikh DI SINI
Gambar-gambar aktiviti boleh didapati di pautan www.picasaweb.com/falakpenang
TIKA SENI DAN SAINS BERSATU...BERPADULAH falak dalam sajak
taufan.....zainuddin.....hardi....mahruz....adilla....(dekorasi latar oleh Mohd Razlan Ahmad,USIM)

BIAR FALAK BERBICARA...
Petang semalam(16 Mac), sang pungguk dimarahi serta dimaki semahunya. Sambil merenung ke arah langit barat...dengan tidak berkata apa-apa...dia amat yakin sang bulan akan hadir. "Apa yang kau cari tika hilal masih berusia 14 jam wahai sang pungguk?" Sang pungguk masih diam...tidak mahu mewujudkan perbalahan agaknya..."Bodoh dan gila agaknya pungguk ini" kata satu suara. Biarlah....biarlah sang pungguk dimarahi...dicaci...dimaki semahunya. Pungguk tahu apa yang benar dan apa yang salah....Hmm...kemarahan..siapa bisa menahan kemarahan orang lain terhadap kita. Kemarahan bagai suatu petanda seni yang membuka segala yang terbuku di hati...tanpa kemarahan, sang pungguk tak kan tahu apa yang terbuku di dada sang bulan terhadapnya selama ini....Baguslah...dengan kemarahan semalam....sang pungguk mula sedar diri...siapa dirinya sebenarnya di mata sang bulan....kemarahan ini bagai suatu rahmat yang membongkar segalanya...hingga lewat malam tadi, membuat aku terfikir satu versi baru kejadian hujan meteor Leonid. Sang Leo yang gagah perkasa juga bisa terasa hati dek kemarahan dan keegoan Hydra...Dengan yakin aku nyatakan di sini yang hujan meteor yang hadir saban tahun bukanlah hasil dari ngauman Leo tika berkelahi mempertahankan Hydra...malah ianya mungkin air mata jantan sang Perkasa Leo dek menahan diri meladeni keegoan dan kedangkalan fikiran si Hydra....Apapun, langit yang menghampakanku semasa cerapan hilal telah menghadiahkanku dengan lebih seribu bintang di langit Pantai Acheh malam tadi...beberapa bintang merah amat terang semalam....bagai turut sama memarahi sang pungguk setia. Disamping Marikh yang terserlah merah marahnya....Betelguese dan Spica turut merah menyala di langit tadi malam. Cuma aku amat kagum dengan Venus yang cerah putih....walaupun berada amat hampir dengan mentari petang!!! Mungkin Venus lebih tenang dan memahami perilaku sang pungguk setia. Malam tadi (15 Mac), Rabiulawal semakin hampir meninggalkan kita dan pagi tadi (16 Mac), seawal jam 05:01...Rabiulakhir hadir perlahan-lahan tika kita sedang enak dibuai mimpi dan kesejukan diselimuti dingin fajar kazib....Petang ini, team falakpenang akan menjejak hilal Rabiulakhir itu...harap-harap ia sudi menghadirkan diri...tika umurnya menjangkau hampir 14 jam 30 minit petang ini. Apa yang menariknya malam tadi...sang Biduk, penunjuk arah Utara dan sang Pari, penunjuk arah Selatan kelihatan sama tinggi di langit masing-masing. Keadaan ini amat jarang dapat dilihat kerana cuaca yang tidak menentu sebelum ini.Namun, hujan pada sebelah petang semalam telah memugar semak-semak awan di langit bagi membolehkan kita menikmati Sang Biduk dan Sang Pari....bagai di atas jongkang jongkit lagaknya....satu di kiri dan satu di kanan!!! Raikan....Apapun, team falakpenang dan krew MGTF USM sedang bersiap siaga untuk meraikan Falak on da Street kali kedua yang akan berlangsung di Pantai Queensbay pada 20 Mac ini.....semua dijemput hadir!!!! Andai diizinkan, kita akan dapat melihat sabit bulan muda....planet Marikh...planet Zuhal....bintang Sirius...bintang Aldebaran...bintang Spica....sang Biduk dan Pari.....dan banyak lagi....Pagi kelmarin (10 Mac) bulan sabit tua amat cantik kelihatan di langit Pulau Pinang...begitu indah bersama terangnya Sang Kejora pagi...ah, betapa indah pun sang bulan...sang pungguk terpaksa jua nanti mengucapkan selamat tinggal kerana fasa bulan sudah hampir ke penghujungnya. Betapa sayang pun sang pungguk kepada bulan...suatu masa terpaksa jua ia melepaskannya...kerana purnama hanya muncul sekali dalam sebulan...bukan setiap hari!!! Pasrahlah wahai sang pungguk...terbanglah engkau merentasi laut lepas...buat mengubat luka sendirian...engkau tak kan mampu menongkah hukum alam...apatah lagi menongkat langit!!! Bagai terngiang-ngiang di telinga ini alunan merdu " Jangan Bersedih Lagi" nyanyian Anuar Zain....sang pungguk tetap akan tetap menemui sang purnama walau telah jauh berkelana di laut lepas...Beberapa malam ini, sang Marikh mula kelihatan seawal Maghrib....mula meninggalkan sang Gemini sendirian dilangit barat...sedang sang Zuhal mula mahu beraksi...perlahan-lahan mendaki langit Timur...sambil di temani sang pengasuh Virgo...Bintang Aldebaran di Buruj Taurus juga dominan di samping Sirius....Sang Ursa Major (Biduk @ Senduk @ Cebok) juga tinggi di langit Utara sekitar jam 11.00 malam...raikanlah.
CERAPAN HILAL RABIULAKHIR 1431H PADA 16 MAC 2010
Pada petang 30 Rabiulawal yang lalu, krew Pusat Falak cuba menjejaki anak bulan Rabiulakhir yang tika itu sudah berumur 14 jam 30 minit. Keadaan langit yang mulanya cerah,tiba-tiba diikuti awan larat yang membentuk formasi naga sama-sama menuruti matahari yang terbenam ketika jam 7.31 malam. Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal hanya sekitar 3 darjah...dan pencerapan serta penjejakan petang itu berakhir dengan ketidaknampakan hilal. Apapun, selepas itu Venus amat terang di atas ufuk....kira-kira 10 darjah...dan kami dapat melihat wajahnya yang terang berkilau dalam keadaan separuh bulatan. Raikanlah...
PROGRAM TUNAS MUDA FALAK SIRI 1 @ SMKA AL-IRSHAD PADA 13 MAC 2010
Program Tunas Muda Falak buat pertama kalinya diadakan untuk mewujudkan pelapis-pelapis falak bagi negeri Pulau Pinang. Seramai 30 orang pelajar dipilih daripada 10 buah sekolah angkat falak JMNPP untuk menjadi perintis program ini. Para peserta yang dipilih akan diberi pengetahuan tentang ilmu falak dan diberi pendedahan terkini tentang ilmu falak melalui program-program yang dijalankan JMNPP seperti falak on the street, cerapan hilal bulanan, pameran falak dan program sehari bersama masyarakat. Program dibawah seliaan Us Ahmad Yusof ini amat mengujakan para peserta yang rata-rata terlalu meminati ilmu falak.
FALAKPENANG @ STAR TRACK CAMP MENARA ALOR SETAR 3-6 MAC 2010
Falakpenang telah dijemput memeriahkan program Star Track Camp @ Menara Alor Setar pada 3 - 6 Mac lalu. Program yang turut melibatkan Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Pusat Sains Negara Wilayah Utara itu diserikan dengan pameran peralatan falak lama, ketokohan ilmuwan falak silam dan edaran buku-buku falak terbitan Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Jabatan Mufti Kedah. Cerapan malam berlangsung dengan agak lancar dengan kehadiran Marikh seawal jam 8 malam ditengah-tengah langit Alor Setar, diikuti dengan sang Zuhal yang mendaki dari ufuk Timur bersama rantaian gelang debu gasnya. Sehingga lewat tengah malam, sang bulan muncul dari ufuk....sedang sang Biduk sedia bersantai di wilayah utara langit Alor Setar!!!
LAWATAN PEMUDA LIGA MUSLIM PULAU PINANG KE PFST
Pada 27 Februari lalu, seramai 30 orang ahli Pemuda Liga Muslim Pulau Pinang telah mengadakam lawatan ke Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Balik Pulau, Pulau Pinang. Rombongan yang diketuai Saudara Farook itu tiba jam 10.00 malam dan terus disambut dengan mesra oleh ceramah pengenalan falak oleh Ustaz Aminuddin. Selepas itu, diadakan juga cerapan planet dimana pemuda Liga Muslim dapat menjengah wajah Marikh yang kemerahan, menerjah kawah bulan penuh dan mengintai gelang Zuhal dari kejauhan 1287 juta km!!!!Raikan....
| ARTIKEL PILIHAN |
Sejarah Jam Dan Waktu
Waktu merupakan salah satu perkara yang amat penting untuk dititik beratkan oleh manusia di dunia ini kerana setiap detik waktu yang berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Seiring dengan itu, setiap umur makhluk di dunia ini semakin hari semakin menjangkau ke usia yang tua dan setiap yang muda pasti akan mengalami usia tua dan akhirnya setiap yang diciptakan hidup oleh Allah Taala pasti akan menemui kematian. selanjutnya
SUMBANGAN HAJI AB. RAHAMAN HAJI HUSSAIN DALAM PERKEMBANGAN ILMU FALAK DI MALAYSIA
Perkembangan ilmu Falak Syar’ie bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. Usaha gigih yang dilakukan oleh ahli-ahli falak Syar’ie telah mengembangkan ilmu ini dan diperturunkan dari generasi ke generasi sehinggalah sekarang. Faktor perkembangan ilmu Falak Syar’ie di Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh tokoh-tokoh ulama yang mengembangkan ajaran Islam di Nusantara. selanjutnya..
|
|