Diskusi Falak Siri 3/2021

Pulau Pinang- Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program Diskusi Falak Siri 3/2021 secara atas talian yang bertajuk “Wabak Bermusim?”  menggunakan aplikasi Facebook Pusat Falak Sheikh Tahir. Program ini telah dilangsungkan pada  25 Jun 2021 yang lalu bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti diskusi ini.

Diskusi Falak Siri 3/2021 ini telah menampilkan Dr. Ahmad Irfan Ikmal Hisham iaitu Ketua Program Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai panelis program. Prof. Madya Dr. Shahir Akram Hassan yang merupakan Pengarah ISDEV USM telah bertindak sebagai moderator. Tujuan program ini diadakan ialah  untuk mengupas dan membincangkan berkenaan isu wabak bermusim dari sudut agama dan sains. Beberapa isu telah dikupas dengan jelas oleh panelis untuk kefahaman umum.

Rakaman program ini masih boleh diikuti di facebook JMNPP dan facebook PFST..