Retreat Sahabat Falak 2021

Penaga, 28 April 2021- Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah mengadakan program Retreat Sahabat Falak di Kompleks Darul Hidayah Permatang Tok Gelam, Penaga, Pulau Pinang. Program ini dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada warga JMNPP dan Sahabat Falak.

Program yang berlangsung bermula daripada 2.30 petang hingga 10.30 malam ini bertujuan menghimpunkan idea dan cadangan penambah baikan program-program falak tahun 2021. Antara yang di bincangkan ialah berkaitan Sijil Asas Lanjutan Falak.