Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 [Lima (5) Bintang (Cemerlang)]

Putrajaya,9 Jun 2022 - Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) telah menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 [Lima (5) Bintang (Cemerlang)] yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan sempena Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Penolong Mufti Kanan, Ustaz Irwan Aswandy Ashaari hadir mewakili JMNPP untuk menerima anugerah tersebut. Penilaian anugerah ini adalah berdasarkan 4 komponen utama iaitu komitmen pengurusan, keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi yang telah dibuat pemeriksaan pada bulan Ogos 2021 oleh tim inspektorat dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

Anugerah keselamatan perlindungan 2021