Bengkel Penyediaan Kandungan Media Sosial JMNPP

Georgetown – Pada tanggal1 dan 2 Disember 2022 M, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP), telah menganjurkan bengkel penyediaan kandungan untuk media sosial Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menggunakan aplikasi perisian animasi Powtoon bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang .

Program ini adalah bagi meningkatkan kepakaran dan keupayaan peserta dalam perlaksanaan dan penggunaan aplikasi perisian animasi Powtoon. Disamping itu, tujuan program ini juga bagi mendedahkan para peserta tentang kepentingan media dan teknologi dalam menyampaikan mesej dan mendidik masyarakat tentang isu-isu yang berkaitan.

Bengkel ini telah melibatkan penyertaan  10 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan JMNPP dan dikendalikan oleh jurulatih jemputan dari Syarikat Waiz Multimedia pada hari pertama dan sesi bengkel diteruskan pada hari kedua bagi menyiapkan kandungan untuk media sosial JMNPP yang menggunakan koleksi soal-jawab kemusykilan agama dari bank data Sistem eKemusykilan tujuan hebahan dan pendidikan kepada masyarakat.

Program berakhir dengan penyampaian sijil kepada peserta dan cenderahati kepada penceramah serta sesi bergambar.

 

powtoon (1)   powtoon